cinta remaja (bab 1)
Kringggg...Bunyi loceng menandakan semua pelajar perlu masuk ke kelas masing-masing dan pembelajaran akan dimulakan pada bila-bila masa saja lagi.
Suasana di dalam kelas 4 Dimensi 1 lintang pukang.Para pelajar duduk secara berkumpulan.Pagi-pagi lagi dah mulakan acara bersembang,umpat-mengumpat dan keji-mengeji.Disatu sudut kelihatan dua buah meja dan kerusi yang masih lagi kosong menandakan ada pelajar yang belum masuk kelas ataupun belum masuk sekolah.Kalau nak masuk jugak time ni kna panjat pagar la jwbnye.Itupun kalau bernasib baik dpt masuk ke kelas terus kalau tak paham-paham je la.
Di tengah kelas kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul sambil bersembang. "wei farid, Khusairy mana?"soal Iskandar.
"mana la aku tau,tadi aku p rumah dia pukul 6.45 mak dia kata dia tidur lagi.Terbabas la kot."jawab Farid.
"alah dia ni asyik terbabas ja,selalu sangat ponteng class pagi."tambah Khairul
Di luar pagar sekolah kelihatan seorag pelajar sedang memanjat pagar sekolah..tu la sapa suruh bangun lambat kan dah kna panjat pagar.Pengajaran untuk semua yang suka mai lewat ke sekolah. "Habis la aku,dah pukul 7.50 ni.mintak-mintak la Cikgu Rosli tak meronda pagi ni.Puh kiri,puh kanan,puh dep..Alamak,problem-problem!apasal la time-time camni jugak la dia nak lalu. tak boleh tunggu besok ke???tak pun taun depan je ke lalu?" rungut Khusairy.
Selepas cikgu rosli berlalu dia pun meneruskan kerja yang terpost pone tadi. Dengan pantas dia berlari masuk ke dalam sekolah dan dengan slumber dan coolnya dia berjalan masuk ke dalam kelas. Sebaik tiba di dalam class semua pelajar menoleh tengok ke arah dia. maklum la budak paling macho dan handsome dalam sekolah ni masuk ke dalam class. macho ke???
"wei, bro asal kau lambt?aku tau la semlm kau beli game baru pun,takkan la kau main playstation sampai pagi kot?"soal iskandar.
"tak pun kau party kat rumah saiful sampai pukul berapa semlm ha???"soal farid.
"alah biasa la, takkan korang tak kenai aku. aku terlupa nak set jam loceng aku tu. lagi pun aku tidur lewat semalam." jawab khusairy seterusnya memberi alasan kenapa dia sampai lewat ke sekolah hari ini.
"kau tidur pukul berapa? aku tau la kau sok dok ayat minah cun tu semlm. Tapi takkan lah sampai bangun pun lewat. Kau mimpi kan dia ek??"ujar Rizal yg sejak tadi hanya diam saja. Rizal memang terkenal dengan sifat pendiam, keras kepala dan jenis yang sensetif. Tapi dalam diam si rizal ni jenis yang memberontak , tak ramai yang tahu dia ni macam ni.
"alah kau ni rizal, takkan kau taktau dia ni dari lepas exam hari tu lg dia dok obses ngan pompuan ni."ujar Farid.
"kau dh ehm..ehm dia ke semlm?" soal Khairul
Khusairy yg baru saja duduk terus bangun kembali dengan perasan marah da muka yg merah.
"korang ingat aku ni apa ha!!!korang ingat aku ni teruk sangat ke sampai anak org pun aku nak try.aku tau la nak bezakan halal dan haram."marah khusairy.Jeritannya dapat didengari sedenap kelas.
Pada ketika itu Cikgu Fazli , guru kelas mereka tiba disitu bersama seorang pelajar perempuan.
"Airy apa yg kamu jeritkan td? kamu berdiri ats kerusi sekarang jugak!!!" arah Cikgu Fazli.
Kelihatan seorang pelajar perempuan berambut panjang keemasan melangkah masuk. Dengan ketinggian dan bentuk badan yg ala-ala model terkenal amber chia, dia kelihatan cukup menawan dan mengoda. Hampir semua pelajar lelaki tertawan dengannya.
" Hai , selamat berkenalan. Nama saya Nur Qairina Binti Saifuddin. Korang semua blh panggil saya Rina." Terang Qairina, sambil matanya memandang ke arah khusairy dan bibirnya mengukir senyuman manis.
"Apa pandang2, senyum2, ingat muka tu lawa sangat dok senyum!!"marah Airy lantang.
Hilang terus senyuman dibibir Qairina dan diganti dengan wajah yg mencuka.
"Banyak lagi org dlm kelas ni, awak ingat saya senyum kat awak ke?? Jangan perasan la. You think you so handsome?? kucing belakang rumah aku lg cun la!!" balas Qairina.
Airy memandang Qairina engan muka tidak puas hati. Baru saja dia hendak menbuka mulut Cikgu Fazli terlebih dahulu menghentikannya.
"Dah cukup Airy. Rina , awak boleh duduk tempat awak sekarang." Arah Cikgu Fazli.
Dia tidak sanggup lagi utuk mendengar perkataan yang selanjutnya keluar dari mulut Airy mahupun Qairina. Airy bukan jenis yang blh dibawa berbincang, nanti lain pulak jadinya.
" Emmm...Cikgu???"
" Ya, Rina. Ada apa-apa yang tak kena ke?"
" Takde tempat kosong la Cikgu. Takkan nak suruh saya duduk sebelah beruang tenggara tu kot Cikgu." Ujar Rina.
Airy yang mendengar perkataan beruang tenggara yang keluar dari mulut Qairina itu sudah merah padam mukanya. Nak kena dia ni, tunggu la lepas ni siap la kau. Baru kau tahu siapa Airy. Ni Islah Khusairy la!! gumam Airy dalam hati."Rina sudah jangan nak ngada-ngada, duduk ja kat situ. Walid nak balik dulu. Nanti kamu balik dengan Adam, dia pun sekolah kat sini jugak. Kamu jangan nak buat perangai sangat!! Kalau tak Walid hantar kamu balik Thailand, FAHAM!!!" Ujar Syed Saifuddin.
Dia sengaja berkata begitu untuk menakutkan Qairina yang memang jenis suka melawan budaknya.
"Saya balik dulu Cikgu. Kalau ada apa-apa tentang Qairina yang Cikgu tak puas hati Cikgu tegur ja, tak pun Cikgu boleh terus call saya ye , Cikgu Fazli. " Sambung Syed Saifuddin.
" Yalah , Encik." Balas Cikgu Fazli sambil bersalaman dengan Syed Saifuddin.
Qairina berlalu duduk diselah Khusairy. Khusairy masih lagi berdiri sambil memandang tajam ke arah Qairina. Sejurus selepas itu Cikgu Fazli keluar meninggalkan kelas kerana ada mensyuarat penting. Keadaan kelas kembali seperti tadi. Kini meja Airy dan Rina dipenuhi oleh rakan-rakan sekelas. Macam nak mintak autograf pun da. Mereka sibuk mengenalkan diri masing-masing sehingga Khusairy tepaksa bangun dan berlalu dari situ.
Selepas 10 minit berlalu barulah Airy dapat kembali ke tempatnya. Siap kau lepas ni. Beruang tenggara ek kau panggil aku?? Siap kau zombie, bisik Airy dalam hati.
" Wei, budak kau panggil aku apa tadi?? beruang tenggara?? Sah kau ni takde mata, tak pun buta. Muka yang handsome macam seungri big bang ni kau kata beruang?? Kau ingat muka kau tu lawa sangat?? Kalau kau nak tau muka kau tu macam zombie. Tapi aku rasa la kan zombie lagi lawa dari kau. Betul tak geng??" Soal Airy pada kawan-kawannya.
Geng mereka lebih dikenali sebagai Geng R16. Opps.. R tu bukan untuk roggak ok?? Gigi diorang semuanya cun-cun. R tu pun bukan untuk rubbish. Korang ingat diorang ni sampah ke?? Tak..R tu diorang ambik semperna nama filem Robin Hood tu la. Tapi tak sebenarnya. 16 tu pulak untuk umur diorang. Ada faham?? Mereka semua ni atlet dalam sukan bola keranjang. Boleh dikatakan mereka disukai dan digilai oleh semua pelajar perempuan. Almaklum la hotstaf. Mereka terdiri daripada Islah Khusairy, anak orang berada. Pendek kata bukan panjang ok, diorang ni semua anak bisnesman. Khusairy ni capten, penolong Rizal dan ahli-ahli yang lain Khairul, Farid, Iskandar, Indera dan Adli.
" Tak betul." Jawab kawan-kawanya.
" Wei, korang ni apasal?? Farid kaukan selalu backing aku?? Dah ar, malas aku nak layan korang ni. Tidur lagi bagus." Rajuk Airy.
Tapi dalam hati dia mengakui yang hatinya sedikit berkocak tadi melihat senyuman yang memghiasi bibir Qairina ditambah dengan lesung pipit dikiri dan kanan pipi itu. Sebab tu dia tak pasai-pasai marah kat minah tu tadi. Dia takut untuk jatuh cinta lagi. Contohnya dah ada depan mata. Angahnya gila sebab putus cinta dan hampir-hampir bunuh diri sebab kecewa.
Akhirnya, loceng rehat pun berbunyi. Semua pelajar kelihatan ceria. Maklumlah dah sampai masa untuk makan sapa yang tak syok?? Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk menuju ke kantin. Akhirnya tinggal Qairina seorang di dalam kelas.
Dia geram betul dengan manusia yang bernama Khusairy. Itu pun dia terdengar kawan-kawannya memanggil beruang tenggara tu. Nak harapkan dia kenalkan diri?? kucing beranak sepuluh pun belum tentu dia nak bagi tau nama dia. Dah la panggil aku zombie. Sah dia takde mata. Muka punya cun yoona snsd ni dia kata zombie?? Memang buta la mamat ni. Tak pandai melihat kecantikkan.
No comments:
Post a Comment