Tuesday, 26 March 2013

cinta remaja (bab 2)

   Tanpa Qairina sedari ada seseorang sedang memerhatikannya dari tadi lagi. Seorang pengawas sekolah berpakaian kemas. Tak lain dan tak bukan ketua pengawas sekolah iaitu Syed Adam Helmi. Tiba-tiba ada satu idea jahat muncul difikirannya.
" Bagus jugak kalau kenakan dia ."ujar Adam pelahan.
" Sorry, waktu rehat tak boleh duduk dalam kelas. So, boleh tolong keluar tak?" ujar Adam sambil memalingkan mukanya ke arah lain.

   Qairina berasa geram kerana ketenangannya diganggu-gugat." Ni yang nak kena flying kick ni!"bisik Qairina.
" Kau ingat sekolah ni bapak kau punya ke? Aku punya pasal la nak buat apa pun. Nak duduk dalam kelas ke ? Dalam toilet ke? Dalam zoo ke? Kau kisah apa? Ada aku ganggu hidup kau ke yang kau menyibuk sangat tu?!!" marah Qairina.



   Merah padam muka Adam mendengar suara Rina yang macam gauman harimau tu. Aku rasa harimau pun lari kot. Setahunya Qairina sepupunya itu seorang yang lemah-lembut , sopan-santun dan pemalu. Apa yang dia tahu lagi Qairina seorang yang pendiam.
" Ni yang pelik. Tak pasai-pasai ja kena sembur." bisik Adam.


  Tiba-tiba kedengaran tawa yang kuat. Sapa lagi kalau bukan Airy and the geng. Diorang ni memang anti gila dengan si Adam ni , maklum la diorang ja yang banyak buat masalah dengan si Adam ni. Qairina jadi berang bila amarahnya tidak dihiraukan.
" Ada jugak yang nak makan kasut hari ni. Apa gelak-gelak ingat lawak sangat ke hah??!!" marah Qairina sambil menoleh ke belakang.
" Eh, abang Adam. Alahai , sorry abang, Rina tak perasan tadi." kata Qairina dalam keadaan yang serba salah.
" Yela, mana dia nak nampak kita kat sini. Asyik ingat boyfriend ja." ujar Adam.
" Wei zombie, Adam ni abang kau ke?" ujar Airy.
" Abang ke ayang?" usik Farid pula.
" Ayang!! Kenapa?? Ada ganggu hidup kau ke? Biarlah kalau Adam ni abang aku ke? Atuk aku ke? Kau peduli apa? Ada kacau kau ke??!!" marah Qairina masih lagi bersisa.


  Adam dengan slumbernya blah dari situ dan berlalu ke classnya. Maklumlah loceng dah bunyi. Tak pun sebab dia tak nak tunggu kat situ lagi kot cause bunga-bunga pergaduhan baru saja tercetus.


  Pada Airy, usikan Farid dan jawapan Qairina tadi telah menimbulkan rasa tidak puas hati di hatinya. Airy melangkah ke tempat duduknya . Wajah Qairina langsung tidak di pandang. Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa sehinggalah loceng pun berbunyi menandakan waktu untuk pulang ke rumah masing-masing. Tu pun kalau balik rumah la. Budak -budak la ni bukan boleh kira.


No comments: